Sumber: Astro gempak
Advertisement
Viral video Elfira Loy unboxing barangan make up yang dibelanja hampir RM 10, 000 semasa Elfira berada di Los Angeles. Mendapat pelbagai kritikan kerana netizen menyifatkan El berbelanja terlalu banyak hingga membazir.
Ibu Elfira, Filzah Yusoff juga ada meninggalkan komen selepas ramai yang mengecam tindakan anaknya itu.
"Eh beli-beli tak apa... Duit dia yang habis, bukan duit aunty jadi apa nak risau.
"Kahwin nanti duduk rumah setinggan je," katanya berseloroh.
Jelas Elfira, semua barangan make upnya itu bukan hanya untuk dirinya tetapi ada juga rakan-rakan yang kirim semasa dia ke sana.
"Saya pergi ke Los Angeles untuk sebuah acara tetapi sempat membeli-belah.
"Selama sejam di kedai itu, saya berbelanja hingga hampir RM10,000. Tak tahulah kenapa jadi begini tetapi apabila sampai di kaunter pembayaran, saya tak boleh patah balik. Jadi, kita terima sahajalah," katanya.
