Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aliff Aziz Tak Curang! Bella Astillah Hilang Sabar.

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah bersuara dan membantah gossip di mana ramai mengatakan suaminya, Aliff Aziz bermain kayu tiga dengan wanita lain dibelakangnya.

Screen-Shot-2023-01-13-at-1-38-28-PM.png

Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah portal yang memutar belitkan situasi sebenar telah membuat Bella dan Aliff hilang sabar. 

Advertisement

 

“Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi-jadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan. Bila kami selalu muat naik gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak kongsi, orang cakap kami bergaduh. Kerana dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami,” kata Bella. 

Walaupun hubungan mereka pernah ada pasang surut sebelum ini, tapi Bella memberitahu bahawa hubungan mereka bertambah lebih baik dan sangat bahagia.

ERA Muzik Hit Terkini