Hari ini kecoh dilaman sosial apabila isteri kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah, menunjukkan screenshot bukti bahawa suaminya berlaku curang sekali lagi.
Menerusi posting yang dibuat oleh Bella dilaman Instagramnya, beliau meluahkan rasa kecewa kerana dimaklumkan bahawa Aliff dilihat keluar ke sebuah kelab malam bersama seorang pelakon wanita.
Advertisement


Bella juga sempat menelefon pelakon wanita berkenaan, dipercayai adalah Oktovia Manrose bagi mendapatkan kepastian, namun pelakon tersebut menafikan insiden terbabit sambil menasihati Bella.
Dalam satu post lain, Bella juga dilihat menjawab kembali kenyataan daripada Oktovia dengan menyatakan bahawa dia mempunyai 3 video bukti rakaman menunjukkan mereka bersama dikelab malam terbabit. Dalam pada itu, Aliff dilihat senyap dan tidak memberikan sebarang kenyataan.

Rakan-rakan artis yang lain juga dilihat memberika sokongan moral kepada Bella dan meminta Bella agar bertenang dan terus bersabar.

Sumber: Instagram Bella Astillah
