Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Kami Dah Lama Kenal,” Bella Astillah Nafi Bercinta Dengan Zizan Razak, Belum Terfikir Cari Pengganti

Baru-baru ini, timbul dakwaan kononnya pelakon Bella Astillah dikatakan bercinta dengan pelawak, Zizan Razak kerana mereka dilihat rapat dan sering bersama.

“dia baik dan lemah lembut,”, zizan tak tolak andai jodoh dengan bella astillah

Advertisement

Sebaliknya, pelakon berusia 25 tahun itu menafikan sekerasnya dakwaan berkenaan dan menegaskan mereka berdua sekadar teman seperjuangan dalam bidang seni.

Ditanya mengenai kehadirannya pada sambutan ulangtahun kelahiran ibu Zizan baru-baru ini, Bella mengatakan bahawa ia hanya kebetulan dan dekat dengan lokasi sambutan diadakan.

“Seperti ramai peminat sedia maklum, saya dan Zizan digandingkan dalam telefilem. Itu sahaja. Kami tidak pernah keluar berdua dan saya pula pasti ditemani Mama ataupun Didi Astillah (adik).

“Memang sudah lama saya mengenali Zizan. Adik saya pernah menyertai pertandingan yang diacarakan olehnya. Seingat saya, kami berjumpa ketika saya menemani Didi dan umur saya waktu itu baru 14 tahun” katanya.

“dia baik dan lemah lembut,”, zizan tak tolak andai jodoh dengan bella astillah

Bella juga menambah bahawa beliau masih belum terfikir mencari pengganti Aliff selepas berpisah dengannya pada Mei lalu.

ERA Muzik Hit Terkini