Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Kahwin Bekas Suami - “Asalkan Niatnya Baik Untuk Menjemput, Itu Yang Penting…”

bella astillah sedia hadir majlis kahwin bekas suami - “asalkan niatnya baik untuk menjemput, itu yang penting…”Foto: Instagram

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan bahawa dia tidak menolak kemungkinan untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas suaminya sekiranya dijemput dengan niat yang tulus dan baik.

Advertisement

Baginya, kehadiran bukanlah untuk menunjukkan apa-apa, tetapi semata-mata untuk meraikan hari bahagia bekas pasangan.

Dalam satu temu bual, Bella menjelaskan bahawa sekiranya hubungannya dengan ahli keluarga bekas suami masih terjalin baik, dia melihat tidak salah untuk menghadirkan diri.

“Asalkan niat kita baik dan niat dia pun baik untuk menjemput, itu yang penting,” katanya.

Bella turut menekankan bahawa kehadirannya adalah sebahagian daripada menjaga silaturrahim selepas perpisahan dan menunjukkan kedewasaan dalam menghadapi situasi sebegini.

Namun begitu, Bella menjelaskan bahawa dia tidak akan hadir sekiranya jemputan hanya datang daripada bekas suami tanpa melibatkan keluarga atau saudara-mara lain.

“Kalau hanya dia sahaja yang jemput tanpa ahli keluarga, saya rasa tiada keperluan untuk hadir,” ujarnya.

Sikap terbuka dan matang Bella ini mendapat pujian ramai, dianggap sebagai contoh bijak dalam menguruskan hubungan selepas perpisahan tanpa menjejaskan maruah dan perasaan kedua-dua pihak.

Sumber: HibGlam

ERA Muzik Hit Terkini