Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bella Dan Aliff Umum Di IG Live Bakal Timang Anak Perempuan. Tahniah!

Selepas membuat pengakuan sedang hamil dan juga sudah kembali rujuk dengan suami, Bella Astillah dan Aliff Aziz hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal menimang seorang anak perempuan.

dah rujuk semula dengan aliff aziz, bella astillah kini sah hamil

Advertisement

Pendedahan dibuat pasangan berkenaan menerusi Instagram Live pada petang Rabu, 13 Mei.

"Hari ini kita akan mendedahkan jantina bayi kami.

"Alhamdulillah, saya tidak kisah apa pun jantina, yang penting sihat,", ujar Aliff.

Pengumuman jantina ini terpaksa dibuat menerusi media sosial kerana Aliff kini berada di Singapura berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

bella dan aliff umum di ig live bakal timang anak perempuan. tahniah!

Sepanjang sesi live itu, turut kelihatan juga bersama keluarga Aliff.

bella dan aliff umum di ig live bakal timang anak perempuan. tahniah!

Pasangan ini sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia 3 tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Bella Astillah dan Aliff Aziz!

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini