Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bella Hadid Kena Tamat Kontrak Jenama Terkemuka Akibat Sokong Palestin

Model terkenal dunia, Bella Hadid dipercayai tidak lagi tersenarai sebagai wajah jenama barangan mewah apabila menyokong solidariti terhadap Palestin.

bella hadid kena tamat kontrak jenama terkemuka akibat sokong palestin

Advertisement

Perkara itu menjadi perbualan hangat warganet yang menyatakan rasa tidak puas hati jika tindakan tersebut benar-benar berlaku.

“Bella Hadid disenyapkan, kerjasama-kerjasama dengan jenama mewah ditamatkan termasuk dari Dior dan alamat kediaman keluarganya didedahkan kepada umum hanya kerana dia menyertai protes untuk Palestin,” ciapan seorang pengguna Twitter.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bella 🦋 (@bellahadid)

Malah, pelbagai persoalan timbul apabila Bella atau nama lengkapnya, Isabella Khair Hadid sahaja yang diambil tindakan sebegini walhal sebaliknya bagi selebriti lain seperti Gal Galdot.

“Gal Gadot boleh cakap tentang khidmat ketenteraan yang menafikan hak kemanusian rakyat Palestin tapi apabila Bella mempertahankan Palestin (negara asalnya), dia hilang ditamatkan kontrak kerjasama jenama mewah, disekat daripada peragaan dan menerima ugutan bunuh,” komen seorang warganet.

Terdahulu, Bella antara bintang global ternama yang paling lantang mempertahankan Palestin demi menyelamatkan negara mereka daripada kezaliman Rejim Zionis.

Sumber: Daily Dot

ERA Muzik Hit Terkini