Adik beradik Hadid lantang menyuarakan dan mengutuk serangan Zionist terhadap Palestin yang membedil dan membunuh ribuan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa di laman media sosial mereka.
Namun, Bella Hadid mendedahkan mereka sekeluarga telah menerima ugutan bunuh kerana bersuara mengenai isu ini. Walaubagaimanapun, Bella mendedahkan tidak ada seorang pun daripada mereka akan berganjak daripada menzahirkan sokongan terhadap Palestin hanya kerana menerima ugutan bunuh.
Advertisement
Melalui laman media sosialnya, Bella menyatakan nombor telefon miliknya dan keluarga didedahkan dan berada dalam keadaan yang bahaya kerana menerima ugutan bunuh setiap hari.
"Penduduk Palestin terutama di Gaza termasuk kanak-kanak tidak boleh melihat kita berdiam. Bukan kita yang berani tapi mereka. Saya berduka setiap hari melihat apa yang terjadi. Saya trauma dengan apa yang berlaku terhadap Gaza. Tapi saya juga berduka dengan banyak kematian keluarga Israel.” ulas Bella.