Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bella Zahir Akui Pernah Terkena Santau Makanan, Lebih Setahun Jalani Rawatan

Selebriti media sosial, Bella Zahir mengakui pernah terkena santau daripada pihak yang tidak bertanggungjawab didakwa dihantar melalui makanan sahaja.

bella zahir akui pernah terkena santau makanan, lebih setahun jalani rawatan

Advertisement

Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, Bella ulang ciap sedutan drama siri terbaharu Sihir di Astro Ria yang memaparkan mangsa terkejut dan hampir terkena sihir.

Malah, makanan menjadi punca dia terkena santau ketika itu kerana ramai pihak yang mengirimkannya makanan.

“Saya pernah kena santau melalui makanan. Bertahun juga berubat.

“Sekarang ini bila orang menghantar makanan, ibu saya akan selalu ingatkan untuk membaca doa dahulu. Risau jadi lagi,” tulisnya di Twitter.

Susulan itu, Bella berpesan dan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan amalan sihir ini dan seeloknya membaca doa sebelum makan terlebih dahulu.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini