Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selepas Malique, Ben Ladin Teringin Kolaborasi Dengan Datuk Siti Nurhaliza

Ben Ladin, penyanyi muda yang mencipta nama menerusi lagu Hikayat Benladin, nyanyian bersama Malique, menyatakan hasrat ingin berkolaborasi pula bersama penyanyi tersohor tanah air, Datuk Sri Siti Nurhaliza.

selepas malique, ben ladin teringin kolaborasi dengan datuk siti nurhaliza

Advertisement

Tambah penyanyi berusia 17 tahun itu, beliau bakal tampil dengan single baru bergenre hip hop dalam masa terdekat dan masih mencari-cari bahan sesuai untuk single barunya.

“Pembikinan single dalam proses permulaan, apapun saya sekarang masih fokus dalam rangka promosi lagu Hikayat Benladin sehingga akhir tahun ini,”

Selain itu, beliau juga risau untuk mengekalkan momentum karier dengan menghasilkan lagu berkualiti.

selepas malique, ben ladin teringin kolaborasi dengan datuk siti nurhaliza

“Kerisauan dalam menghasilkan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang mestilah ada memandangkan kejayaan Hikayat Benladin sebelum ini sangat luar biasa. Semestinya peminat akan mengharapkan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Tekanan tersebut menyebabkan saya lebih teliti untuk menghasilkan lagu baharu pada masa akan datang yang bukan sahaja menyamai kualiti Hikayat Benladin tetapi lebih daripada itu,” jelasnya seperti yang dipetik dari Kosmo!

Sumber: Kosmo!

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini