Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tahu Tak Dengan Berjalan di Hutan dan Mencium Bunga Mampu Meningkatkan Sistem Imun?

tahu tak dengan berjalan di hutan dan mencium bunga mampu meningkatkan sistem imun?Foto sekadar hiasan

Pernah tak rasa penat atau stress selepas sehari bekerja? Cuba bayangkan berjalan di tengah hutan atau taman, dihiasi aroma bunga segar, sambil menikmati udara bersih dan pemandangan hijau. Aktiviti ini bukan sekadar menenangkan minda, tapi juga baik untuk kesihatan fizikal.

Advertisement

Kurangkan Stres

Hidup moden penuh tekanan, tapi kajian menunjukkan berjalan di alam dan menghidu aroma bunga boleh menurunkan hormon stres, menenangkan saraf, dan meningkatkan mood.

Tingkatkan Imun

Pokok-pokok menghasilkan sebatian semula jadi dikenali sebagai phytoncides. Apabila dihirup, ia merangsang sel pembunuh semula jadi dalam badan, membantu melawan penyakit dan meningkatkan sistem imun.

 

 

Kesihatan Mental & Fokus

Berada di alam dapat membantu minda menjadi lebih tenang, tingkatkan kreativiti, fokus, dan tidur lebih nyenyak. Aktiviti santai ini seolah-olah memberi ‘rehat’ untuk otak bagi memproses tekanan.

Emosi Positif & Rasa Syukur

Melihat keindahan alam dan menghirup aroma bunga memberi ketenangan dan rasa bahagia. Ia juga mengajar kita menghargai ciptaan Allah dan merasa syukur terhadap kehidupan.

Tak perlu rawatan mahal atau alat canggih. Cukup dengan berjalan di hutan, duduk di taman, atau menghidu bunga, tubuh dan minda akan lebih segar, imun bertambah kuat, dan hati lebih tenang. Alam adalah terapi semula jadi yang selalu tersedia untuk kita.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini