Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peminat Tak Setuju Bila Beyonce Kata Mahu Bersara

Penyanyi antarabangsa, Beyonce, 39, mengumumkan hasrat mahu bersara bagi memberi tumpuan kepada keluarga.

peminat tak setuju bila beyonce kata mahu bersara

Advertisement

Menurut isteri kepada penyanyi rap, Jay-Z itu berkata, persaraannya itu juga bagi membuang semua tekanan dalam kehidupannya.

"Saya mula terbabit dalam industri muzik sejak berusia 15 tahun dan membesar di depan mata dunia. Saya sudah bekerja keras dengan pelbagai projek tanpa henti," katanya dalam temu bual bersama majalah Vogue.

Beyonce juga menambah, beliau sudahpun melakukan yang terbaik dalam membina kerjaya nyanyiannya sejak dari awal lagi.

peminat tak setuju bila beyonce kata mahu bersara

"Saya lancarkan Lemonade pada siri jelajah Formation, melahirkan anak kembar, tampil di Coachella, arahkan Homecoming, teruskan dengan jelajah dunia bersama Jay dan kemudian Black Is King. Semuanya tanpa henti.

"Ia adalah beban dan tugas berat. Saya sudah habiskan banyak waktu memberi tumpuan untuk membina legasi saya dan menjadi wakil untuk memperkenalkan budaya saya sebaik mungkin.

"Sekarang, saya buat keputusan dan memilih untuk beri tumpuan kepada diri sendiri pula," katanya.

Peminat-peminat bagaimanapun tidak bersetuju apabila mendengar berita Beyonce ingin memperlahankan kariernya, lagi-lagi apabila beliau ingin bersara.

Sumber: Upnews / Metro

ERA Muzik Hit Terkini