Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bintang Bollywood Ini Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari Untuk Lawan COVID-19

Pelakon dan juga bintang Bollywood, Akshay Kumar mendedahkan bahawa beliau mengamalkan minum air kencing lembu setiap hari kerana percaya khasiatnya bagi melawan wabak COVID-19.

bintang bollywood ini minum air kencing lembu setiap hari untuk lawan covid-19

Advertisement

Malah menurut pelakon berusia 53 tahun itu, beliau merasa teruja untuk mencuba minuman teh yang diperbuat daripada najis gajah dan menganggap ia bukanlah suatu yang teruk.

"Saya amat teruja untuk minum air teh tersebut. Malah, saya juga minum air kencing lembu setiap hari sebagai rawatan ayurveda.

"Jadi, ini (minum teh najis gajah) tidak begitu teruk," katanya dalam satu perbualan secara live.

bintang bollywood ini minum air kencing lembu setiap hari untuk lawan covid-19

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada kajian dan bukti saintifik yang mengaitkan keberkesanan air kencing lembu dalam melawan wabak COVID-19.

Sumber: Pink Villa

ERA Muzik Hit Terkini