Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Isu Warna Kulit, Black Hanifah Beri Nasihat Pada Haneesya Hanee

Awal bulan lalu, ibu kepada model dan pelakon, Haneesya Hanee telah membuat satu laporan polis seperti yang dikongsikan menerusi video dilaman sosial.

tak tahan di kecam, ibu haneesya hani buat laporan polis dan tuntut netizen mohon maaf

Isu berkenaan telah menarik perhatian penyanyi, Black Hanifah atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah.

Advertisement

isu warna kulit, black hanifah beri nasihat pada haneesya hanee

Menurut penyanyi berusia 32 tahun ini, kekurangan dan keunikkan yang dimiliki sepatutnya dijadikan senjata untuk terus kekal dalam industri. Tambah Black lagi, mungkin model dan ahli keluarganya masih baru dalam industri ini dan belum biasa dengan situasi semasa seperti media sosial.

Black juga tidak pernah berasa hati dan menganggap warna kulit gelapnya adalah satu kelebihan buat dirinya berbanding artis lain.

“Saya rasa kalau saya putih, orang takkan kenal saya. Black adalah hitam dan hitam adalah manis,” ujar Black seperti yang dilaporkan menerusi Rotikaya.

Haneesya menerusi komen dilaman Instagram Black Hanifah dilihat telah mempertahankan fakta sebenar mengenai isu yang tular:

isu warna kulit, black hanifah beri nasihat pada haneesya hanee

Haneesya juga telah memuatnaik video menjelaskan isu sebenar dilaman Twitter miliknya:

ERA Muzik Hit Terkini