Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Blackpink Catat Rekod Baharu, Artis Paling Popular Di YouTube Dengan 66.3 Juta Langganan Mengalahkan Juara Bertahan Justin Bieber

Kumpulan K-pop popular, Blackpink mencatat rekod baharu apabila diumumkan sebagai selebriti paling popular dan berada di tempat pertama di platform YouTube.

Blackpink merangkul tempat pertama yang pernah diduduki Justin Bieber dan berjaya meraih lebih 66.3 juta langganan di YouTube.

Advertisement

blackpink catat rekod baharu, artis paling popular di youtube dengan 66.3 juta langganan mengalahkan juara bertahan justin bieber

Tidak dinafikan, media sosial menjadi salah satu platform yang penting untuk mendekatkan peminat K-pop di seluruh dunia dengan selebriti kegemaran mereka.

Malah, tahun lalu kumpulan sensasi dari Korea Selatan ini melepasi hampir 50 juta langganan menerusi platform media sosial berkenaan.

Blackpink yang dianggotai Jennie, Jisoo, ‎Rosé‎ dan ‎Lisa menjadi fenomena dunia dalam bidang muzik K-pop dan mereka merupakan antara artis paling diikuti peminat menerusi YouTube dengan catatan lebih 10 bilion kali muzik video dan lagu mereka dimainkan para peminat.

Sumber: YouTube Music

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini