Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BLACKPINK Bakal Kembali Gegarkan Industri Muzik K-Pop Dengan ‘JUMP’

blackpink bakal gegarkan industri muzik k-pop dengan ‘jump’Foto: Instagram

Kumpulan K-pop sensasi, BLACKPINK, mengesahkan kemunculan semula mereka menerusi single terbaharu berjudul ‘JUMP’, sekali gus menandakan permulaan era baharu dalam perjalanan seni mereka yang sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh dunia.

Advertisement

Kejutan ini diumumkan secara rasmi ketika persembahan pembukaan jelajah dunia mereka, ‘DEADLINE’, yang berlangsung di Stadium Goyang, Korea Selatan. Persembahan itu bukan sahaja menyaksikan kembalinya kesemua ahli dalam satu pentas, malah menjadi detik bersejarah apabila lagu ‘JUMP’ dipersembahkan buat pertama kali secara langsung di hadapan peminat.

BLACKPINK turut memperhebatkan keterujaan peminat apabila mereka melancarkan video acah (teaser) dengan judul ‘READY TO JUMP?’ pada 5 Julai, jam 12 tengah malam KST, yang segera mencetuskan gelombang perbualan hangat dalam kalangan peminat serta penggiat industri hiburan global.

blackpink bakal gegarkan industri muzik k-pop dengan ‘jump’

Foto: Instagram

Menurut kenyataan rasmi agensi, video muzik penuh bagi lagu ‘JUMP’ dijadualkan akan dilancarkan pada 11 Julai, jam 1 petang KST. Buat masa ini, butiran penuh mengenai lagu serta konsep keseluruhan masih dirahsiakan, namun teaser visual yang dipaparkan jelas menunjukkan konsep yang segar, berani dan sarat dengan elemen futuristik serta penampilan memukau keempat-empat anggota iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa.

Terdahulu, beberapa laporan telah menyebut bahawa BLACKPINK sedang bersiap sedia untuk kemunculan semula rasmi mereka pada awal Julai selepas berehat seketika daripada aktiviti berkumpulan. Kemunculan semula ini bukan sahaja menandakan fasa baharu dalam karier mereka, malah turut dinantikan kerana ia berpotensi mengulangi kejayaan fenomenal mereka sebelum ini.

Dengan pengalaman persembahan berskala mega dan rekod pencapaian antarabangsa yang luar biasa, BLACKPINK dilihat berada pada kedudukan terbaik untuk sekali lagi mendominasi carta muzik dunia melalui pelancaran ‘JUMP’.

ERA Muzik Hit Terkini