Kumpulan K-pop terkenal, BlackPink akan melancarkan album baru mereka bulan hadapan bertajuk, “Kill This Love”.

Syarikat yang menguruskan kumpulan ini, YG Entertainment, telah mengeluarkan poster teaser dilaman sesawangnya dengan menyatakan tarikh 5 April sebagai tarikh rasmi album tersebut.
Advertisement

Kumpulan BlackPink cukup dikenali menerusi lagu mereka bertajuk Ddu-du Ddu-du yang dilancarkan pada Jun tahun lalu akan membuat persembahan di Coachella Valley Music and Arts Festival, California pada 12 hingga 21 April.

Ramai juga tidak sabar menantikan album terbaru mereka ini.
Sumber: Koreaherald
