Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BLACKPINK Makin Hampir Saingi Subscriber YouTube Justin Bieber!

Kumpulan BLACKPINK kini telah meraih satu lagi kejayaan apabila menjadi artis kedua dengan jumlah subscriber terbanyak di YouTube yang melebihi 50 juta.

blackpink makin hampir saingi subscriber youtube justin bieber!

Advertisement

Bilangan itu menempatkan BLACKPINK dibelakang penyanyi Justin Bieber yang mempunyai 57.4 juta subscriber YouTube.

blackpink makin hampir saingi subscriber youtube justin bieber!

Lebih membanggakan, BLACKPINK hanya mengambil masa 4 tahun untuk mendapatkan lima juta pertama subscriber, berbanding 10 tahun yang diambil oleh Bieber untuk jumlah yang sama.

Peningkatan mendadak jumlah pengikut Youtube BLACKPINK ini susulan kejayaan comeback mereka menerusi ‘The Album’.

blackpink makin hampir saingi subscriber youtube justin bieber!

‘The Album’ juga sudah mendapat lebih sejuta pre-order untuk album fizikalnya yang akan dilancarkan secara rasmi, hari ini.

Malah, hampir semua lagu kumpulan K-pop popular dari Korea Selatan ini menduduki tangga carta 10 teratas di 57 negara, termasuklah di Amerika Syarikat.

Sumber: Allkpop

ERA Muzik Hit Terkini