Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BLACKPINK Jadi Satu-Satunya Artis K-pop Dalam Senarai ‘Greatest Pop Star of 2025’ Billboard

blackpink jadi satu-satunya artis k-pop dalam senarai ‘greatest pop star of 2025’ billboardFoto: Billboard

Kumpulan wanita K-pop, BLACKPINK sekali lagi mengukuhkan kedudukan mereka sebagai kuasa besar K-pop apabila Billboard memberi pengiktirafan khas kepada kumpulan itu dalam senarai ‘Greatest Pop Star of 2025’.

Advertisement

Kumpulan ini menjadi satu-satunya wakil K-pop yang menerima Honorable Mention, seterusnya diletakkan sebaris dengan artis terkenal seperti Addison Rae, Ariana Grande, Beyoncé, SZA, Bruno Mars, dan Justin Bieber.

Billboard menekankan kebangkitan BLACKPINK tahun lalu, khususnya kejayaan lagu ’Jump’ yang berjaya menembusi Top 30 carta Billboard Hot 100.

Selain itu, Billboard turut menyorot pencapaian mereka di peringkat antarabangsa dan Amerika Syarikat yang terus mencatat rekod.

Kejayaan jelajah stadium BLACKPINK juga turut diangkat sebagai bukti bahawa Jennie, Rosé, Jisoo dan Lisa masih menjadi kuasa dominan dalam dunia K-pop.

Billboard menyifatkan mereka bukan sahaja berjaya dalam bidang muzik, tetapi juga sebagai ikon budaya yang memberi impak besar secara global.

Selain kejayaan kumpulan, pencapaian individu setiap ahli juga mendapat perhatian, sekali gus menjadikan BLACKPINK terus unggul dalam pelbagai aspek industri hiburan.

Sumber: Billboard

ERA Muzik Hit Terkini