Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cinta Lokasi: Blake Shelton, Gwen Stefani Akhirnya Langsung Perkahwinan Selepas Enam Tahun Bercinta

Penyanyi terkenal, Gwen Stefani dan Blake Shelton akhirnya melangsungkan majlis perkahwinan selepas hampir enam tahun bercinta.

cinta lokasi: blake shelton, gwen stefani akhirnya langsung perkahwinan selepas enam tahun bercinta

Advertisement

Pasangan serasi ini mendirikan rumah tangga di sebuah rumah ladang milik Shelton yang terletak di Oklahoma, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Malah, Shelton sanggup membina sebuah gereja khas di kawasan perkarangan kediaman mewah miliknya itu untuk hari bermakna mereka.

cinta lokasi: blake shelton, gwen stefani akhirnya langsung perkahwinan selepas enam tahun bercinta

Majlis itu diadakan dengan penuh sederhana dan secara tertutup sahaja dengan jemputan terdiri dari keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak pengantin sahaja.

Pakaian serba putih digayakan seluruh tetamu termasuklah warna dekorasi yang dipilih pengantin.

Kedua pasangan serasi ini bercinta sejak 2015 ketika terlibat dalam sebuah program realiti popular Amerika Syarikat, The Voice.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini