Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peminat Terkejut Bobby iKON Umum Mahu kahwin Dengan Pilihan Hati Pada Bulan Depan

Penyanyi rap kumpulan iKON, Bobby mengumumkan akan berkahwin dan menjadi seorang bapa pada September depan.

peminat terkejut bobby ikon umum mahu kahwin dengan pilihan hati pada bulan depan

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagramnya, Bobby mengakui dan mempunyai perasaan serba salah dengan peminatnya biarpun gembira untuk bergelar seorang suami dan bapa.

“Saya sudah berjanji untuk berkahwin dengan seseorang yang saya cintai. Saya juga bakal menjadi seorang bapa pada September depan.

peminat terkejut bobby ikon umum mahu kahwin dengan pilihan hati pada bulan depan

“Saya sangat gembira dengan kehadiran ahli keluarga baharu tapi saya serba salah terhadap peminat yang terkejut dengan berita ini.

“Sepatutnya saya beritahu anda awal tapi saya minta maaf kerana berkongsi perkara ini lambat,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @bobbyindaeyo

Bintang K-pop ini juga memohon maaf kepada peminatnya dan semua ahli kumpulan iKON kerana memaklumkan perkara itu lambat kepada umum.

Namun, Bobby memilih untuk merahsiakan identiti wanita yang bakal dikahwini dan bakal ibu kepada cahaya matanya nanti.

Sumber: Allkpop
 

ERA Muzik Hit Terkini