BoboiBoy ialah satu siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama BoboiBoy dan rakan-rakannya yang membentuk pasukan untuk melindungi Bumi daripada penjahat.

Advertisement
Menariknya, malam semalam secara live di MeleTOP, watak animasi 3D ini dipertontonkan secara langsung menerusi satu temubual yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa.


Nyata temubual ini mendapat tarikan penonton MeleTOP yang rata-ratanya memuji temubual ini sebagai antara temubual terbaik pernah diadakan.


Terdahulu, suara latar bagi watak-watak animasi dalam BoboiBoy dilakonkan oleh Nur Fathiah Diaz, Sarah Alisya, Yap Ee Jean dan ramai lagi.
