Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Borahae (I Purple You)’ Jadi Trademark BTS, Agensi Daftar Hak Cipta Mahu Elak Plagiat

HYBE Corporation, syarikat pengurusan kumpulan Kpop popular BTS membuat pengumuman untuk mendaftarkan ‘trademark’ terkenal Borahae atau 'I purple you' milik kumpulan itu.

Memetik laporan Allkpop, permohonan tersebut telah selesai dihantar kepada Jabatan Harta Intelektual Korea pada minggu lalu.

Advertisement

‘borahae (i purple you)’ jadi trademark bts, agensi daftar hak cipta mahu elak plagiat

Perkataan baharu ‘Borahae’ dicipta sendiri oleh ahli kumpulan BTS, V pada tahun 2016 dan masih melekat di bibir para peminat.

Ia membawa maksud ‘Mari kita saling percaya dan berkasih sayang antara satu sama lain sehingga ke akhirnya seperti mana simbolik warna ungu yang merupakan warna terakhir dalam rangkaian pelangi’.

‘borahae (i purple you)’ jadi trademark bts, agensi daftar hak cipta mahu elak plagiat

Syarikat pengurusan BTS terus menggunakan frasa itu untuk tujuan pemasaran terutama bagi semua karya-karya seni BTS.

Tindakan itu dibuat apabila sebuah syarikat kecantikan menyalahgunakan perkataan tersebut untuk tujuan promosi produk daripada syarikat mereka.

Sumber: Allkpop

ERA Muzik Hit Terkini