Baru-baru ini keluar kenyataan di beberapa portal hiburan antarabangsa mengenai khabar angin bintang pop terkenal, Britney Spears. Melalui khabar angin tersebut, dia dikhabarkan bakal mengeluarkan album ke-10 dalam masa terdekat.

Namun, Britney menafikan mengenai khabar anginb tersebut dan menegaskan bahawa di tidak mempunyI niat untuk mewarnai lagi industri muzik. Dia juga sempat menjelaskan tanggapan beliau mengenai industri muzik yang penuh dengan kesakitan.
Advertisement
Melalui laman Instagram peribadinya, dia menyifatkan berita yang dikeluarkan itu seperti sampah.
“Berita yang ditulis itu benar-benar sampah. Mereka mendakwa saya akan kembali menghasilkan album studio ke-10, tetapi hakikatnya saya tidak akan pernah kembali lagi ke dalam industri muzik”