Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Hidup Saya Penuh Derita”, Britney Spears Dakwa Teraniaya Bapa Sendiri, Alami Tekanan Melampau

Bintang pop lagenda, Britney Spears mengalami tekanan melampau apabila dikongkong bapanya sehingga melibatkan perkara peribadi.

“hidup saya penuh derita”, britney spears dakwa teraniaya bapa sendiri, alami tekanan melampau

Advertisement

Britney mengakui untuk menyingkirkan bapanya, Jamie Spears sebagai penjaganya di Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

“Saya hanya mahukan kehidupan saya kembali seperti biasa. Saya bukan ‘hamba’ kepada sesiapa,” katanya.

Tambahnya, Jamie bertindak sebagai penjaganya selepas dikuatkuasakan mahkamah pada 2008 selepas Britney alami kesihatan mental.

“hidup saya penuh derita”, britney spears dakwa teraniaya bapa sendiri, alami tekanan melampau

Hak penjagaan ini menyebabkan bapanya mengambil tanggungjawab semua urusan peribadinya termasuk kewangan dan perubatan.

Baru-baru ini, penyanyi itu menegaskan di hadapan hakim ‘hak’ ini dianggap sebagai penderaan selama 13 tahun.

Malah, Britney juga mendedahkan perancangan untuk berkahwin kekasihnya, Sam Asghari dihalang bapanya apabila bapanya memasang alat pencegahan kehamilan supaya Britney tidak dikurniakan zuriat.

Sumber: Gempak

ERA Muzik Hit Terkini