Sumber: Astro Awani, Twitter
Satu tweet jadi viral selepas perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea KL 2017 Sabtu lalu yang mahukan Bront Palarare menjadi pengulas bola sepak akhir esok malam. Tweet oleh @alongmuizz itu mendapat lebih daripada 30K Retweet di Twitter.
Advertisement

Bukan setakat netizen yang setuju malah, pelakon Remy Ishak dan Sharifah Amani juga bersetuju.


Ramai yang mahukan Bront jadi pengulas perlawanan esok disebabkan filem Ola Bola dimana rata-rata kita semua terhibur dengan ulasan yang dilakukan. Mungkin ada pihak yang mengambil serius yang mengatakan Bront tidak layak untuk jadi pengulas.
"Rasanya tidak logik untuk saya menggalas tugas itu. Ia bukan bidang saya, lagipun kita sudah memiliki ramai pengulas sukan yang bagus," katanya kepada mStar.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
