Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BTS Artis Korea Pertama Buat Konsert Dalam Stadium Di Amerika Syarikat

Kumpulan BTS adalah kumpulan K-pop yang amat dikenali diserata dunia, dan kumpulan ini dilaporkan akan mengadakan jelajah “Love Yourself” tidak lama lagi.

Dipetik daripada Soompi, kumpulan BTS dijangka akan mengadakan persembahan di Citi Field, dalam kota New York, dengan kehadiran penuh seramai 40,000 orang. Konsert tersebut dijangka diadakan pada 6 Oktober ini.

Advertisement

Jika ini menjadi kenyataan, BTS akan menjadi artis Korea pertama yang berjaya mengadakan konsert dalam stadium di Amerika Syarikat.

BTS akan memulakan siri jelajah “Love Yourself” mereka bermula di Seoul pada 25-26 Ogos, diikuti dengan 33 siri konsert seterusnya di 16 bandar seluruh dunia!

Cayalah BTS!

Sumber: Soompi

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini