Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kumpulan BTS Dijangka Masuk Latihan Ketenteraan Tahun Depan

Kesemua ahli kumpulan Kpop popular BTS dijangka akan menjalani latihan ketenteraan dalam tempoh yang sama iaitu pada tahun 2022.

Memetik laporan Soompi, BTS dikhabarkan akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Korea Selatan dengan mendaftarkan diri sebelum pertengahan tahun 2022 nanti.

Advertisement

kumpulan bts dijangka masuk latihan ketenteraan tahun depan

Terdahulu, BTS telah diberikan kelonggaran oleh kerajaan Korea Selatan  untuk  menangguhkan latihan wajib tersebut kerana berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang muzik ke seluruh dunia.

BTS yang dianggotai Jin, Suga, RM, J-Hope, Jimin, V, dan Jungkook menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan sentiasa bersiap-siaga jika perlu memulakan latihan ketenteraan.

kumpulan bts dijangka masuk latihan ketenteraan tahun depan

Setiap warganegara lelaki Korea Selatan perlu menjalani latihan ketenteraan wajib selama dua tahun setelah mencecah umur 18 tahun dan ke atas.

Menerusi sidang media pelancaran album terbaharu mereka, BE pada tahun lalu, Jin yang merupakan ahli paling tua dalam BTS, menyatakan dia sudah bersedia untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai warganegara.

Menurut syarikat pengurusan BTS, Big Hit Music memberikan maklum balas berkenaan hal tersebut dan tiada sebarang maklumat yang boleh dikongsikan buat masa ini.

Sumber: Soompi

ERA Muzik Hit Terkini