Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BTS Hadapi Kemalangan Lepas Tamat Konsert Di Taiwan

Kumpulan BTS, dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas tamat konsert di Taiwan, pada hari Ahad lalu.

bts hadapi kemalangan lepas tamat konsert di taiwan

Advertisement

Berita kemalangan ini mengundang rasa cemas dalam kalangan peminat yang berada ditempat kejadian.

Bagaimanapun menurut kenyataan rasmi wakil syarikat pengurusan mereka, Big Hit Entertaiment, ia hanya kemalangan kecil dan BTS berada dalam keadaan selamat.

bts hadapi kemalangan lepas tamat konsert di taiwan

“Kejadian berlaku ketika BTS dalam perjalanan pulang ke hotel selepas selesai mengadakan konsert di Taiwan.
 
“Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kenderaan yang dinaiki BTS terlibat dengan kemalangan.
 
“Bagaimanapun tiada anggota BTS yang mengalami cedera dan mereka kemudiannya dibawa pulang ke hotel dengan selamat,”
jelas wakil tersebut.

Sumber: Awani

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

Sempena Jualan Hebat Akhir Tahun Lazada, jom masukkan kod promo LAZADARADIO untuk setiap pembelian minimum RM80 menerusi aplikasi Lazada dan korang akan dapat potongan sebanyak RM12. Terhad kepada 300 orang yang terawal je tau? Promosi ini hanya sah bermula 10 sehingga kesemua kod promo habis ditebus ok! Check out laman web Lazada untuk maklumat lanjut!

#MYLazada1212 #Lazada1212ERA

mobile legends jadi acara sukan di sukan sea 2019 filipina

ERA Muzik Hit Terkini