Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BTS Lancar Foto Teaser Lagu ‘Butter’, Ramai Peminat Tak Senang Duduk

Kumpulan Kpop popular BTS menjadi perbualan hangat netizen apabila mendedahkan foto teaser lagu terbaharu mereka berjudul Butter di laman Twitter.

Memetik laporan CNN, penampilan baharu ahli kumpulan berkenaan dalam foto itu juga menarik perhatian setiap peminat A.R.M.Y.

Advertisement

Perbezaan warna rambut tujuh ahli kumpulan tersebut antara topik yang sering dikatakan peminat di media sosial. 

Paparan poster teaser itu menunjukkan RM tampil dengan rambut berwarna pink, JHope dengan warna kuning keemasan dan Jimin dengan rambut warna pelangi.

Malah, Jin pula dengan warna hitam, V memilih coklat, Suga dengan warna kelabu dan Jungkook dengan rambut berwarna ungu.

bts lancar foto teaser lagu ‘butter’, ramai peminat tak senang duduk

Rata-rata peminat tidak menyangka dengan penampilan baharu itu dan dilihat sangat sesuai dengan watak mereka untuk promosi lagu terbaharu kelak.

"Saya tidak mengharapkan foto yang terlalu sempurna ini... terima kasih BTS,” ujar salah seorang peminat BTS.

bts lancar foto teaser lagu ‘butter’, ramai peminat tak senang duduk

Selaras dengan pelancaran lagu terbaharu mereka berjudul ‘Butter’ pada 21 Mei depan, kesemua ahli kumpulan BTS tampil dengan imej sebegitu bagi menarik perhatian para peminat.

Selepas lagu Dynamite, BTS mempertaruhkan lagu ini yang merupakan lagu kedua sepenuhnya dalam bahasa Inggeris nyanyian mereka.

Sumber: CNN

ERA Muzik Hit Terkini