Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Teruja! BTS Lancar Klip Video Konsep RM & Jungkook Untuk Lagu ‘Butter’

Baru-baru ini, BTS berkongsi berita gembira bersama peminatnya ARMY untuk kemunculan semula dengan lagu baharu berjudul ‘Butter’.

Lebih mengujakan, BTS telah melancarkan beberapa klip video pendek dan poster pada 2 Mei lalu untuk pelancaran lagu bahasa Inggeris kedua mereka selepas ‘Dynamite’.

Advertisement

teruja! bts lancar klip video konsep rm & jungkook untuk lagu ‘butter’

Menerusi ciapan di Twitter, BTS telah melancarkan dua lagi klip video konsep yang menampilkan dua ahli kumpulan BTS, Jungkook dan RM.

BTS yang dianggotai RM, Suga, Jin, Jimin, V, J-Hope, dan Jungkook itu berharap peminat di seluruh dunia akan menerima ‘buah tangan’ terbaharu mereka.

teruja! bts lancar klip video konsep rm & jungkook untuk lagu ‘butter’

‘Butter’ akan menemui peminat pada 21 Mei ini di semua platform penstriman muzik seluruh dunia.

Sumber: Soompi

ERA Muzik Hit Terkini