
BTS cipta rekod dengan jumlah lagu terbanyak dalam carta Spotify dan lagu baru dengan jumlah pendengar terbanyak dalam 24 jam.
Advertisement
Dari laporan Soompi, 28 lagu BTS kini berada di dalam carta Spotify. Malah pada hari pertama album baru mereka berjudul Proof dikeluarkan, kesemua lagu BTS berada di kedudukan tertinggi dalam carta ‘Spotify’s daily Global Top 200’.
Lagu Yet To Come berada di tempat ketiga dalam carta Spotify dan menjadi antara lagu dengan jumlah pendengar yang ramai dengan 7 juta pendengar. Dua lagi lagu baru iaitu Run BTS dan For Youth masing-masing berada di kedudukan ke 6 dan 11 dalam carta Spotify.
Sumber Astro Awani