Kumpulan Kpop popular Korea Selatan, BTS berjaya merangkul empat anugerah di Billboard Music Awards 2021.
BTS yang popular dengan lagu "Dynamite" berjaya memenangi anugerah Lagu Terlaris, Duo/ Kumpulan Terbaik, Artis Dengan Jualan Lagu Tertinggi, juga anugerah Artis Sosial Media Terbaik untuk tahun kelima berturut-turut.
Advertisement

BTS yang dianggotai oleh V, J-Hope, RM, Jin, Suga, Jimin dan Jungkook itu mendapat berita kemenangan sebelum upacara anugerah itu bermula.
Malah, ARMY juga teruja apabila BTS mempersembahkan lagu terbaharu mereka “Butter” buat kali pertama.
It's official: @BTS_twt is the Top Social Artist at the 2021 #BBMAs for the FIFTH year in a row! 🏆
— billboard (@billboard) May 24, 2021
See the complete list of winners (updating live) here: https://t.co/VGZGV8WkNe pic.twitter.com/zlqXGxjKPA
Dalam perkembangan yang sama, Taylor Swift dan The Weeknd masing-masing berjaya memenangi anugerah Artis Wanita Terbaik dan Artis Lelaki Terbaik di dalam majlis muzik berprestij itu.
Acara berprestij Billboard Music Awards 2021 berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat dan di dikendalikan oleh Nick Jonas sebagai pengacara.
Sumber: Soompi