Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Harum Nama Di Billboard 2020, BTS Tercalon Empat Kategori Tahun Ini

Baru-baru ini, anugerah berprestij Billboard Music Awards 2021 telah mengumumkan pencalonan penuh tahun ini.

Kumpulan Kpop popular, BTS tercalon dalam empat kategori tahun ini dan menjadi sejarah bagi mereka kerana mendapat banyak pencalonan bagi anugerah ini.

Advertisement

harum nama di billboard 2020, bts tercalon empat kategori tahun ini

Bagi tahun ketiga ini, BTS tercalon bagi kategori ‘Top Duo/Group’ yang pernah dimenangi mereka tahun 2019, ‘Top Social Artist’ juga dimenangi mereka empat tahun lalu berturut-turut.

Malah, BTS juga tercalon untuk ‘Top Song Sales Artist’ dan ‘Top Selling Song’ bagi lagu popular, ‘Dynamite’ buat pertama kalinya dalam sejarah karier mereka.

harum nama di billboard 2020, bts tercalon empat kategori tahun ini

Anugerah gilang-gemilang Billboard Music Awards 2021 bakal bersiaran pada 29 Mei dan keputusan akan diumumkan ketika itu.

Sumber: Soompi

ERA Muzik Hit Terkini