BTS sekali lagi melakar sejarah apabila mengungguli Carta Billboard selepas dinobatkan sebagai kumpulan penyanyi pertama yang tersenarai kedudukan empat teratas dalam Carta Album Dunia Billboard.

Advertisement
Menerusi ciapan Billboard di akaun Twitter, sebanyak empat buah album BTS menduduki carta album dunia dalam tempoh yang sama dan ini merupakan pertama kali dalam sejarah dunia.
.@BTS_twt becomes the first artist in history to claim the entire top 4 positions of the #WorldAlbums chart simultaneously.
— billboard charts (@billboardcharts) May 4, 2021
Album berjudul Map of the Soul: 7 berada di tempat pertama setelah kembali ke kedudukan teratas minggu lalu.

Selain, album BE menduduki tempat kedua, diikuti Love Yourself: Answer di tempat ketiga dan Love Yourself: Tear kekal di tempat keempat.
BTS yang dianggotai RM, Jin, Suga, Jimin, J-Hope, V, dan Jungkook sentiasa berusaha keras dalam menghasilkan karya yang bernilai dan mempunyai mesej di setiap bait-bait lirik lagu mereka.
Kemunculan BTS tidak terhenti di situ sahaja, lagu terbaru mereka ‘Butter’ akan dilancarkan hujung bulan ini dan dijangka menemui peminat seluruh dunia.
Sumber: Koreaboo