Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peminat Bengang BTS Tidak Tercalon Anugerah Grammy, Tapi Halsey Tak Terkejut Pun

Anugerah Grammy sudah pun membuat pengumuman bagi kesemua calonnya untuk tahun 2020. Namun pencalonan ini membuatkan ramai kecewa kerana kumpulan K-pop, BTS langsung tidak tercalon dalam mana-mana kategori.

peminat bengang bts tidak tercalon anugerah grammy, tapi halsey tak terkejut pun

Walaupun album kumpulan BTS, Map of the Soul: Pesona merupakan antara album terlaris di Amerika Syarikat, malah seluruh dunia bagi tahun 2019, kumpulan ini langsung tidak tercalon dalam senarai Grammy. Ini membuatkan Army (panggilan untuk peminat kumpulan BTS) menjadi tidak senang dan kecewa.

Advertisement

Tambah lagi, Halsey, yang juga bekerjasama dengan BTS menerusi lagu Boy With Luv, membuat pengakuan bahawa kumpulan BTS layak untuk pencalonan ini, namun beliau tidak terkejut dengan berita ini kerana industri muzik di Amerika Syarikat sudah jauh ketinggalan.

Dalam perkembangan lain, kumpulan BTS dijangka akan membuat comeback menerusi lagu terbaru mereka tidak lama lagi.

ERA Muzik Hit Terkini