
Sumber: mStar
Advertisement
Nampaknya fenomena Fattah Amin masih lagi belum habis apabila seornag budak lelaki berusia 6 tahun ni minat betul dengan pelakon drama Suri Hati Mr Pilot tu. Mohammad Reezqi Rayqal yang berasal dari Kota Bharu sanggup meniru semua gaya pelakon kesayangannya itu setiap kali keluar rumah.
Bukan itu sahaja, dia sanggup mengajak ibunya ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Fattah Amin.
"Sudah beberapa kali bawa dia jumpa Fattah ketika pelakon itu ada sesi bertemu peminat, mujur kami ada saudara mara di sini (Kuala Lumpur). Dia memang sangat meminati Fattah hingga setiap hari dia tidak pernah terlupa untuk menonton drama lakonan Fattah.
"Lagu Fattah pun dihafal, cuma buku dan novel sahaja dia masih belum pandai membaca," jelas ibunya Wan Hanim Wan Muhammad.


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
