Program Big Stage akan memasuki minggu akhir dengan menyaksikan lima peserta berentap sesama sendiri hujung minggu ini.

Meskipun begitu, juri tetap Big Stage 2020, Dayang Nurfaizah memberitahu ada sebilangan peserta program berkenaan yang memberi alasan tidak selesa untuk menyampaikan lagu berbahasa Inggeris.
Advertisement

Namun baginya, alasan sedemikian sudah tidak lagi relevan.
Ia dibuktikan menerusi juara Big Stage musim lalu, Han Byul dari Korea yang mampu menyampaikan lagu Melayu dengan cukup baik, meskipun itu bukanlah bahasa ibundanya.
"Perkara itu tidak sepatutnya dijadikan alasan yang anda tak biasa menyanyikan lagu tersebut, sebab kalau di luar nanti (selesai Big Stage) anda kena nyanyi lagu yang orang minta atau lagu-lagu yang memang anda kena nyanyi.
"Sebagai penyanyi anda kena persembahkan nyanyian itu dengan sebaiknya sebab mereka (penonton) nak tengok" kata Dayang Nurfaizah kepada Awani.
Tambah Dayang lagi, tiada isitilah ‘education shaming’ dalam penjurian yang dibuat pada malam konsert Big Stage.

"Sebenarnya mereka (netizen) tidak faham konteks yang kami (juri) cuba sampaikan, kami bukan minta peserta untuk membuat lagu berbahasa Inggeris atau berucap, kami minta jika mereka tidak faham mereka kena bertanya.
"Kalau kita boleh menyanyikan lagu Bollywood atau K-pop kenapa kita tidak boleh nyanyi lagu Inggeris, jadi bagi saya tidak timbul istilah education shaming dalam hal ini," tambahnya lagi.
Sumber: Awani