Bunga Cinta Lestari yang baru sahaja berkahwin dengan pasangan pilihan hatinya baru-baru ini telah pergi ke Tanah Suci bag menunaikan ibadah umrah. Walaupun pelbagai kata negatif dan kecaman yang diterima oleh kerana pelbagai kontroversi, namun Bunga tetap terus berkongsikan gambar di tanah suci.
Namun, Bunga memuat naik gambar mereka bercuti di satu lokasi yang dilaknat dalam Islam iaitu Kota Al Ula, Arab Saudi. Walaupun masih berterusan menerima kata negatif, dia tetap memuat naik momen percutian mereka di laman Instagram miliknya.
Advertisement
Lokasi percutian mereka itu merupakan satu lokasi yang paling dihindari oleh Nabi Muhammad SAW, namun menurut netizen, mereka menyoalkan mengapa Bunga masih pergi ke losa tersebut fan menjejakkan kaki di kawasan tersebut.
Walaupun pelbagai komen negatif yang diterima, namun Bunga tidak balas terhadap komen tersebut malah membuat pinned komen oleh satu akaun agensi pelancongan. Agensi pelancongan tersebut menjelaskan bahawa tidak semua lokasi di Kota Al Ula adalah dilarang untuk dilawati.