Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Busana Pua Kumbu Dipakai Daniel Cheang Curi Perhatian Zoe Saldana dan Oona Chaplin

busana pua kumbu dipakai daniel cheang curi perhatian zoe saldana dan oona chaplinFoto: Instagram

Busana tradisional Sarawak, Pua Kumbu, menjadi tumpuan apabila pengacara dan personaliti media, Daniel Cheang memilih untuk menggayakannya ketika sesi temu bual bersama pelakon antarabangsa, Zoe Saldana dan Oona Chaplin baru-baru ini.

Advertisement

Kehadiran Daniel dalam busana berunsur warisan itu nyata menarik perhatian dua bintang Hollywood berkenaan sebaik sesi pertemuan bermula.

Menurut Daniel, reaksi spontan Zoe dan Oona jelas menunjukkan rasa kagum mereka terhadap keunikan tenunan tersebut. Malah, perbualan awal yang sepatutnya tertumpu kepada projek lakonan bertukar arah apabila mereka ingin mengetahui lebih lanjut tentang busana yang dipakai.

 

 

“2 minit pertama memang habis sembang pasal Pua Kumbu,” kata Daniel ketika berkongsi pengalaman itu.

Zoe Saldana turut menzahirkan rasa kagumnya secara terbuka apabila melihat busana tersebut dari dekat. “It’s beautiful,” ujarnya ringkas, namun cukup menggambarkan apresiasi terhadap kehalusan seni tenunan masyarakat Iban itu.

Daniel menjelaskan, minat yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelakon tersebut membuatkan beliau berasa bangga kerana dapat memperkenalkan warisan budaya tempatan di peringkat antarabangsa, walaupun hanya melalui pertemuan singkat.

Momen berkenaan turut mendapat perhatian warganet apabila perkongsian Daniel mencetuskan pelbagai reaksi positif. Ramai memuji usahanya mengangkat Pua Kumbu sebagai simbol identiti dan seni warisan Malaysia, sekali gus membuktikan busana tradisional tempatan mampu menarik perhatian dunia.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini