Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Calvin Jeremy Kecewa Dengan Cristiano Ronaldo, Mahu Lihat Portugal Gagal Di Piala Dunia 2022

 

calvin jeremy kecewa dengan cristiano ronaldo, mahu lihat portugal gagal di piala dunia 2022

Pelakon dan penyanyi dari Indonesia, Calvin Jeremy tidak mahu melihat Cristiano Ronaldo dan Portugal bergelar juara Final World Cup Qatar 2022. Baginya, dia lebih berminat dengan negara yang mempunyai peluang kecil untuk mara ke final seperti Arab Saudi, Jepun atau Korea Selatan.

Advertisement

Bagi Calvin Jeremy, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk melihat negara berkenaan menjadi juara tetapi ingin melihat negara tersebut beraksi di peringkat yang lebih jauh.

Jelas Calvin, dia mahu Cristiano Ronaldo dan Portugal gagal di Piala Dunia kerana dikecewakan. Bukan sekali malah dua kali dikecewakan. Pertamanya apabila Ronaldo keluar dari Real Madrid dan kedua apabila Ronaldo disingkirkan dari Manchester United.

Sumber: Astro Gempak

ERA Muzik Hit Terkini