Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Shawn Mendes, Camila Cabello Ambil Keputusan Untuk Berpisah Setelah Dua Tahun Jalin Hubungan Cinta

Penyanyi popular, Camila Cabello dan Shawn Mendes akhirnya berpisah setelah menjalinkan hubungan selama dua tahun.

shawn mendes, camila cabello ambil keputusan untuk berpisah setelah dua tahun  jalin hubungan cinta

Advertisement

Menerusi hantaran di IG Story milik Shawn, dia mengumumkan berita perpisahan itu dengan cara yang baik.

“Hai semua, kami telah membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan kami tetapi cinta kami antara manusia tetap kuat.

“Kami bermula sebagai kawan baik dan kami akan terus menjadi kawan baik,” katanya.

shawn mendes, camila cabello ambil keputusan untuk berpisah setelah dua tahun  jalin hubungan cinta

Malah, Camila juga akur dengan keputusan mereka berdua dan tidak akan memutuskan hubungan bersama Shawn sebagai kawan baik.

Terdahulu, Shawn dan Camila mula mencuri perhatian peminat dunia apabila mengumumkan mereka menjalinkan hubungan cinta pada 4 Julai 2019.

Sepanjang bergelar pasangan kekasih, mereka berdua juga pernah merakamkan dan berkolaborasi dua buah lagu “I Know What You Did Last Summer” dan “Senorita”.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini