Jika anda mahir dalam permainan video PUBG, mungkin anda boleh menyertai pasukan penyanyi rap tempatan, Caprice.
Caprice menerusi laman Instagramnya menawarkan kepada sesiapa yang handal dalam PUBG dengan tawaran gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada mereka yang terpilih.
Advertisement
Tawaran tersebut nyata menarik perhatian orang ramai apabila Caprice memberitahu ramai yang berminat untuk menyertai pasukannya, malah juga mendapat tawaran dagi segi tajaan.
Korang power PUBG tak?
