Kumpulan Anak Kelantan Prihatin telah membuat satu laporan polis terhadap Ariz Ramli, atau lebih dikenali dengan nama Caprice, atas satu tuduhan kenyataan beliau yang berbaur penghinaan.

Advertisement
Menurut Awani, seperti dinyatakan oleh jurucakapnya Norlida Daud, perbuatan Caprice ini nyata telah menyinggung perasaan rakyat negeri itu.
"Saya ada melihat rakaman penyiaran video Caprice itu dibuat di laman sosial Instagramnya apabila mengkritik kehadiran begitu ramai penceramah bebas.
"Saya bersama beberapa anak Kelantan yang kini berada di Lembah Klang telah membuat laporan polis terhadap Caprice kerana kenyataannya menghina rakyat Kelantan yang secara tiba-tiba tahu berbahasa Inggeris.
"Kenyataan artis berkenaan jelas telah menyinggung kami sebagai rakyat Kelantan, dan perbuatan berkenaan jelas adalah kenyataan ego beliau selaku seorang artis tempatan," katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik dari Awani.
Satu salinan video telah dimuatnaik menerusi akaun Instagram @igkelantan dan mendapat kecaman ramai, khususnya rakyat dari negeri terbabit.
Menerusi akaun Caprice di Instagram, beliau juga telah memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya namun menyifatkan ia sebagai satu provikasi kerana mengambil video tanpa kapsyen di post.