Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Caprice Jalani Kuarantin Sebaik Tiba Di Malaysia, Netizen Persoal Pembikinan Video Muzik Di Mesir

Penyanyi rap, Caprice tiba di Malaysia setelah hampir dua bulan berada di Mesir bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan.

caprice jalani kuarantin sebaik tiba di malaysia, netizen persoal pembikinan video muzik di mesir

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Instagram, Caprice memaklumkan berita berkenaan kepulangannya dan dia turut bersyukur dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

“Kembali di Kuala Lumpur! Terima kasih kepada pihak polis kerana memastikan semuanya selamat dari pintu pagar kapal terbang ke hotel kuarantin.

“Pertama kali naik van polis. Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang bantu saya tadi. Alhamdulillah, rasa seronok dapat kembali ke tanah air,” katanya.

caprice jalani kuarantin sebaik tiba di malaysia, netizen persoal pembikinan video muzik di mesir

Biarpun tidak dapat meneruskan misinya untuk memasuki Palestin atas sebab tertentu, ia tidak mematahkan semangat usahawan dan aktivis itu untuk terus berjuang di masa hadapan.

Malah, dia juga berkongsi akan menjalani kuarantin sebelum kembali aktif dalam perniagaannya dan aktiviti kebajikan selain mengeluarkan kandungan video untuk media sosial.

caprice jalani kuarantin sebaik tiba di malaysia, netizen persoal pembikinan video muzik di mesir

Namun, rata-rata warganet mempersoalkan penyanyi itu apabila melakukan rakaman video muzik di Jordan dan bukannya menjalankan misi kemanusiaan seperti yang dirancang.

Bagaimanapun, Caprice tidak memaklumkan sebarang penjelasan setakat ini berkenaan video muzik tersebut yang berjudul ‘Tiger AlQuds’ yang akan dimuat naik kelak.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini