Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, ramai yang tampil dengan kreativiti masing-masing dalam meneruskan pekerjaan mereka, termasuklah yang bekerja di set penggambaran.
Menerusi drama berjudul Lock-In yang diarahkan oleh Erma Fatima, drama berkenaan dilihat seakan-akan dirakamkan diset rakaman yang sama. Namun sebenarnya ia dibuat sendiri oleh para pelakon drama tersebut.
Advertisement


Drama di Instagram ini dibarisi oleh pelakon terkenal seperti Sherry Alhadad, Erma Fatima, Janna Nick, Neelofa, Nora Danish, Umie Aida, Baim Wong dan ramai lagi.


Menggunakan suntingan hebat, drama yang sudahpun memasuki episod kedua ini nyata menarik perhatian ramai kerana tidak menyangka ia dihasilkan di lokasi-lokasi berbeza.


Umie Aida dan Nora Danish dilihat turut berkongsi sebalik tabir penggambaran drama Lock-In ini dengan cara yang digunakan barisan pelakon untuk menghasilkan lakonan yang diinginkan.

Memang terbaiklah hasil suntingan drama ini!
Sumber: Instagram Umie Aida / Instagram Nora Danish