Penyanyi rap dari Amerika Syarikat, Cardi B baru-baru ini telah berkongsi video di Instagram, menunjukkan dirinya cuba untuk mengupas buah nangka iaitu dengan menghempasnya ke lantai.

Penyanyi itu yang kebetulan suka makanan dari Asia, dilihat menghempas buah nangka itu ke lantai sebanyak dua kali.
Advertisement
"Saya akan menghempasnya ke lantai sehingga terbuka. Jadi sekarang, saya memotongnya dengan pisau dan ia sangat mudah," kata penyanyi tersebut.
Beliau mengakui suka buah nangka kerana rasanya enak dan manis.

Video yang dikongsikan oleh Cardi B ini nyata berjaya mencuri perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan aksi bersahajanya itu.

Sumber: Instagram