Pertama kali melihat imej penyanyi lelaki ini, saling tak tumpah bagaikan seorang penyanyi kumpulan K-pop.

Muhamad Asyrol Farhan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Cash Farhan, kini tampil dengan lagu solo pertama berjudul Trust.
Advertisement
Dipetik dari portal Remaja, penyanyi berusia 23 tahun ini menjadikan ahli kumpulan Big Bang sebagai sumber inspirasinya dalam menghasilkan karya muzik.

Beliau juga tidak mahu dianggap menumpang status bapanya iaitu Datuk Seri Ahmad Said, sebaliknya mahu dikenali dengan bakat sedia ada.
Cash juga pernah menimba ilmu muzik di Korea selama lebih dua tahun dan juga mahir empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Korea dan juga Mandarin.
Muzik video pertama Cash Farhan telah dimuatnaik dilaman Youtube sejak Jun lalu dan mendapat makluman positif daripada peminat.
Foto: Instagram Cash Farhan