Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tayar Pancit Waktu Malam, Cassidy Share Ciri-Ciri Lelaki Gentleman

Penyanyi yang dilahirkan di Australia dan fasih berbahasa Melayu, Cassidy La Créme, baru-baru ini berkongsikan pengalamannya dibantu oleh seorang lelaki ketika berhadapan situasi tayar keretanya pancit waktu malam.

tayar pancit waktu malam, cassidy share ciri-ciri lelaki gentleman

Menurut Cassidy, beliau dibantu oleh ‘malaikat penjaga’ apabila didatangi oleh seorang pakcik ketika itu.

Advertisement

"Ada seorang pakcik bagitau saya ada tayar pancit. Ini kali pertama kereta saya tayar pancit. Saya tak tahu nak buat apa, dia cakap saya boleh tolong dan minta bawa kereta ke tepi,

Seterusnya lelaki tersebut mengajaknya untuk ke stesen minyak berdekatan untuk mengepam tayar.

"Lepas tu dia ikut saya balik ke rumah jugak untuk memastikan saya selamat balik ke rumah,

"Saya harap cerita ini dah bagi inspirasi untuk tolong seorang yang 'helpless' nanti tanpa 'expectations of anything in return' sebab nanti 'you never know, the karma you get in return may be more than you ever thought possible'

"'Look out for each other, help selflessly' and lelaki-lelaki 'please' belajar dari cerita ni pasal 'being a gentleman' yang jaga perempuan,"
katanya menerusi video yang dimuatnaik di Instagramnya, @cassidylacreme.

So ada lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti ini tak?

Sumber: Instagram Cassidy La Crème

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini