Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Jangan Risau Pasal Saya”, Chanyeol EXO Mula Khidmat Ketenteraan

Penyanyi rap kumpulan K-pop terkenal, Chanyeol EXO mula sertai khidmat ketenteraan pada 29 Mac lalu. 

“jangan risau pasal saya”, chanyeol exo mula khidmat ketenteraan

Advertisement

Chanyeol akan menerima latihan asas ketenteraan selama 4 minggu sebelum ditugaskan ke unit tetap dalam ketenteraan Korea Selatan selama 2 tahun. Masa dan lokasi kem tentera dirahsiakan atas keselamatan.

“Selamat Tinggal”, ujarnya di laman Instagram peribadinya.

Chanyeol juga berkongsi gambar sambil memakai jam tangan milik D.O salah seorang anggota EXO beserta tanda pagar “Jam Tangan Kyung Soo (D.O)”. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by EXO_CY (@real__pcy)

 

Sehari sebelum khidmat ketenteraannya, Chanyeol menulis di laman komuniti peminat EXO, “Saya akan kembali dengan selamat. Jangan risaukan saya.” 

Kalau korang nak tahu, Chanyeol adalah anggota kumpulan EXO yang kelima menjalani latihan ketenteraan selepas D.O, Xiumin, Suho, dan Chen. 28 September 2022, tarikh yang dijangkakan dia akan selesai daripada latihan. 

Mesti EXO-L akan rindu Chanyeol selepas ini kan? Kita doakan yang terbaik tau buat Chanyeol EXO. Fighting! 

Sumber: Soompi

 

ERA Muzik Hit Terkini